Friday, May 16, 2008

Ada Apa Dengan Keropok Lekor 007?

Keropok Lekor Terengganu adalah makanan ringan tradisional tertua dan dipercayai telah menjadi kegemaran ramai semenjak dari era Kebayat Negara, Megat Panji Alam dan Tun Telanai sehingga “lening”.

Walau pun tidak terpahat pada batu bersurat Terengganu (1103) atau tercatat dalam buku ‘Ling-wai-Tai-ta’ (1178) karangan Pedagang Tersohor Cina Cao-Cu-Fei, Keropok Lekor Teng-ya-nung (Terengganu) tidak dinafikan menjadi pemangkin kepada pemecutan sosio-ekonomi sebagaimana Songket, Batik, Tembaga, Nasi Dagang, Loklik atau Satar.

Sir Harold pernah mengklasifikasikan Terengganu sebagai “Vegas Of Malaya kerana bakat dan seni rakyat Terengganu. Kerana itu Terengganu terus unggul di dalam menghasilkan kerja seni termasuk seni makanan.

Keropok Lekor Terengganu merupakan makanan ringan tradisional tertua dan dipercayai telah menjadi kegemaran ramai semenjak beratus abad sebelum era Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Walau pun tidak tercatat pada batu bersurat atau tertulis dalam buku ‘Ling-wai-Tai-ta’ (1178) karangan Pedagang Tersohor Cina Cao-Cu-Fei, Keropok Lekor Teng-ya-nung (Terengganu) tidak dinafikan menjadi salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi dan juga perpaduan.

Kenapa begitu?

Kunjungi kami dan bawa pulang Keropok Lekor 007, anda pasti tahu kenapa ia begitu bermakna untuk teman dan keluarga anda.

Kami bukan sekadar menyediakan juadah sedap tradisional Terengganu seperti Nasi lemak, Nasi Dagang, Nasi minyak, Laksa, Laksam, Apam, Nasi himpit, Bekang, Pulut Panggang, Roti Keramat dan Nasi Kerabu tetapi kami adalah pengeluar Keropok Lekor 007 asli Terengganu yang menjadi sebutan di mana-mana.

Belum cuba belum tahu.

Sempena SUKMA XII TERENGGANU 2008, jadikan keropok Lekor 007 sebagai keropok lekor rasmi anda untuk hidangan dan di bawa pulang. Malah terbaru kini kami turut menyediakan Satar Junior yang hangat lagi mengejutkan.

No comments: